Wednesday, February 29, 2012

Family Visit 2012

bermulanya tahun baru 2012...terus ada satu family datang untuk melawat kami di sini.sekurang-kurangnya taklah rasa sunyi sangat memandangkan en suami banyak sangat bertugas di luar awal2 tahun ni.first skali family abg Nasir.so macam biasalah bwa mereka ke tempat2 wajib spt kundasang, ranau, gi pulau manukan dan jengjalan shopping di pasar sinsuran.

selang seminggu kemudian, turn family bangah dan kakmai serta family lak datang.seperti biasa...acara yang sama juga kita buat.cuma kali nih kami sewa sebuah urvan siap dgn driver boboiboy...so semua boleh menikmatilah keindahan sepanjang perjalanan.kami ke kundasang dan ranau.this time,percutian mereka untuk relax2 jer sbb semua tak larat nak jalan beria-ia.this time..tak gi pulau.so kami masak2 seafood yg pelbagai jenis tuh dan gi piknik kat karambunai.janji semua happy :)



dan last skali adalah family pakmal dan makti serta family kakakku.hihihi.ini visit kali kedua buat mereka.so nak ganti lah yg mana tak sempat nak pegi dulu dan bawa makan kat tempat2 yang patut.maklumlah last year time dorang datang kami pun tak terer lagi ngan jalan2 kat sabah ni.so macam biasa lagi...kami pegi ke tempat wajib ..kundasang dan ranau.kali ni stay kat philip garden kat mesilau.mmg berbaloi-baloi.syok boleh makan2 bbq kat tempat sejuk2.dan esoknya kami ke ranau tapi cuma ke poring hot spring ajer.trip kali ni tak boleh nak gi pulau sbb cuaca macam tak best jer.malas la naik bot melambung-lambung lagi.serik dah sbb masing2 ada anak kecik.so gantilah dengan pegi zoo lok kawi dan piknik di karambunai.






dan orang yang paling seronok mestilah syahmi.sampai baper hari ntahla dia ponteng sekolah.hati tak senang nak gi sekolah sbb ada orang kat rumah.slps semua balik,kakakku dan adik ipranya masih stay dlm seminggu lagi.so bawakla dorang gi taman buaya tuaran,gi mandi-manda kat pantai tangjung aru, lepak2 kat taman perdana dan of course la shopping dan shopping.


Monday, February 13, 2012

InsyaAllah esok tiba jua...

InsyaAllah esok akan tiba jua..dah penat dok tunggu siang malam silih berganti. 2 minggu  dok menunggu...hati ni berdebar-debar jer.tak habis-habis dok kemaskan rumah.punyalah mengemas macam ada lawatan besar-besaran jer.bukan apa...nak pastikan suami puas hati bila jejak kaki kat rumah.biar hilang semua penat dia kat tempat kerja bila balik rumah. Rindu sungguh pada dia bila lama tak jumpa.macam dok tunggu hari dating masa berkapel dulu jer. :)
Syahmi pun dah kerap sangat bertanya bila papa nak balik..susahnya mama nak jawab.kekadang geram juge bila sehari dekat 5-6 kali dok tanya.jadi mama bagitau lah brapa malam lagi syahmi kena tidur.Alhamdulillah dia faham.cuma sofea jer yang tak faham apa lagi.tapi kalau papa balik...dia lah yang first suruh papa dukung.sampai tak sempat papa nak buka kasut dia.
esok nak masak apa yer..lauk bukannya ada.dah la gas dah habis dr smalam.hihihi...tadi nak singgah kat tepi jalan sulaman tu takut terlambat pulak untuk kelas tuisyen. plan nak buat pulut durian pun terpaksa ditangguhkan dulu sbb abang yg jual durian kat tepi jalan tu tak meniaga la plak malam ni.so kena tunggu esok la.tgk mood macam mana.
kena tidur awal la malam ni.bagi fresh sket esok...cant wait to see u tomorrow bee lurve ....(mode jiwang)

Saturday, February 11, 2012

Bismillahirrohmanirrahim....my 1st post

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah akhirnya niat nak berblogging ni tercapai jugak. Blogging nih dah lama femes di kalangan kengkawan sekerja lebih kurang dlm thn 2003 dulu tp masa tuh tak pandai lah nak menceburi.sbenarnya tak tahu nak bercerita atau nak tulis ttg apa. Harapnya tak lambat sangat laa nak jadi blogger :D
Rasanya masih tak terlambat kalau nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, hidup kita akan lebih mendapat berkah Ilahi, lebih berjaya dan lebih gembira. As for me, rasanya tahun ni adalah masa yang baik to start something new...dah lama sangat dok goyang kaki kat rumah. Tapi pastinya doing something that can keep me always near to my children.
Sekarang pun I'm happy being a fulltime housewife. Tiap-tiap hari boleh uruskan makan pakai suami dan anak-anak dengan jayanya.hehehe.walaupun yang part makan tuh banyak jugak ditapau dari kedai.hihihihi.Tapi kalau boleh, nak teruskan cita-cita atau niat for having my own biz.tapi persoalannya masih belum pasti apakah biz yang nak diceburi..so any idea???
ermmm kena fikir dan fikir dengan teliti dulu :-|
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


my handsome boy.. Muhammad Syahmi bin Saidin

Inilah handsome boy mama.best friend mama. Syahmi lah tempat mama mengadu dan bermanja dari dia mula lahir sampailah sekarang memandangkan kerja papa yang memerlukan dia selalu sangat outstation. Sekarang Syahmi dah pun berumur 6 tahun. Sekarang dah bersekolah kat TABIKA KEMAS PTKK.


my sweet little girl .... Sofea Arissa bt Saidin

.. dan ini pulak adik abg Syahmi...Sofea. baru ajer setahun stengah umurnya tapi dah macam aksi dia buat.Sofea lebih independent compare to Syahmi. Suka buat hal sendiri...tapi hasilnya buat mama kena ngemas rumah lagi dan lagi. Tapi sekarang Sofea dah pandai nak dengki2 dengan abang kalau mama atau papa peluk atau dukung abang Syahmi.pandai dah dia nak jeles

apa-apa pun wahai anak-anak mama...mama sayang sangat pada korang berdua.tiada bezanya.Semoga anak-anak mama membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak,soleh/solehah dan beriman kepada Allah swt.

waaahh dah panjang berjela dah my 1st post nih...
bila tertengok tarikh 12/2...smalam pada 11/2..genap dah 2 tahun arwah papa (Nik Abd Aziz Nik Abdullah) meninggalkan kami. Semoga roh papa ditempatkan di Syurga bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah.

ok jumpa lagi kat next post. Wassalam